Thursday, August 4, 2011

Biarkan dulu.

Assalamualaikum :)


Lonely??

Lama betul aku menyepi tanpa sebarang cerita nak dikongsikan. Maaflah terlalu sibuk dengan masalah duniawi.
"Kecil-kecil lagi sudah ada masalah"
Haha, macam mana nak buat. Setiap manusia tidak pernah lari daripada masalah, membuat masalah dan menyelesaikan masalah. Semua masalah, masalah dan masalah. Penuh dengan masalah je kan kat dunia ni. Sebesar atau sekecil mana pun masalah tuh, kita kena selesaikan dan jangan biarkan ianya tergantung macam tuh sahaja. Aku masih berumur 15 tahun tapi masalah aku macam orang berumur 18 tahun. haha. Dugaan Allah kepada hambaNya yang serba lemah dan kekurangan ni. Tapi buat masa ini aku taknak dah memikirkan masalah aku buat sementara waktu je lah. Aku nak lebihkan 'focus' pada trial PMR aku yang bakal membimbangkan lagi kepala otak aku.

" kenapa perlu bercinta di usia yang muda?"

Soalan tuh sering masuk di kaunter pertanyaan dalam kepala otak aku ni. . Love? Cinta? Hibbu? Liebe? Kenapa hah? memikirkan soal ni je kepala otak aku tak tentu arah. Nak menjaga hati si dia memang susah. Kadang-kadang hati sendiri tak terjaga. Aku cukup penat dengan masalah duniawi ni. 

" Aku tak cukup sempurna buat kau" 

Aku minta maaf kalau selama ni aku tak cukup sempurna buat kau. Semua manusia tidak sempurna tapi tak salah kalau kita cuba untuk menjadi lebih sempurna kan? Kau baik, aku jahat. Siapa aku nak buat hubungan kau dengan 'sahabat' kau putus. Aku tahu semua salah aku. Tapi tak salah kalau aku ada hak nak marah orang yang tak pernah 'sedar diri'. Jangan pernah tanya aku apa masalah aku dengan dia sebab tak pernah seorang pun faham. Sedangkan dia pun tak faham apa yang aku cuba bagitahu, ape tah lagi kau kan?


Tak perlu cakap banyak sebab nanti ada yang tak suka. Aku sudah malas nak berkata-kata lebih panjang lagi. Cakap salah, tak cakap pun salah. Aku tak tahu lah mana yang betul. 

Terima kasih kerana sudi membaca, chalobeteh :)

No comments:

Post a Comment

apa yang ada di blog ini hanya milik PNSBS seorang :)