Dah baca tajuk di atas? Ahha nadanya agak membahayakan, right? haha whatever babes.
"Berubah Demi Kebaikan"
Yes, saya nak berubah untuk jadi yang lebih baik. Itu azam saya pada bulan ramadhan, bulan mulia ini. Tak salah kan? Sama ada orang lain terima atas perubahan kita, itu tak penting. Kalau sahabat, boyfriend/girlfriend atau sapa sape sahaja yang sayang kita, Diaorang akan terima kita seadanya kan? Berubah untuk jadi yang lebih baik bukannya mudah. Banyak dugaan yang akan kita dapat. Tapi makin banyak dugaan yang kita dapat, makin kuat lah keimanan kita. Tujuan Puteri kat sini bukan nak berdakwah, hanya ingin berkongsi sahaja dengan korang semua.
" Bulan Ramadhan, Bulan untuk beribadah"
Yes, betul tuh. Inilah saat yang paling aku tunggu. Pada aku, bulan ni lah bulan yang paling 'best'. Tapi kenapa ada sesetengah orang yang tak sanggup menahan nafsu dahaga/lapar/etc? Ini baru sedikit kan? Maaf kalau ada yang tersinggung. Puteri tak tujukan benda ni dekat sesiapa pun. Cuma nak tahu kenapa. Relaks, ah weh. Sebulan dalam setahun. Okay? jadi jangan lah cakap lapar/haus, nanti makin lapar/haus lah korang semua. Puasa ni bukan satu penyeksaan. Ingat tu :)
Apa tujuan aku tunjuk gambar ini?
Berjalan menuju ke Masjidil Haram |
Subhanallah |
" Ya Allah, kau panggil lah aku sekeluarga ke tanah suci buat kali kedua" -Aminnn
Pintu utama Masjidil Haram |
Pintu utama untuk masuk ke Masjidil Haram. Bila masuk jea, korang akan nampak apa yang korang nak sangat tengok (Kaabah). Perasaan apabila nampak Kaabah, hanya Allah sahaja yang tahu. Keluar air mata tanda kesyukuran kepada Allah swt. Tanda kegembiraan dan kekaguman. Tidak terkata.
Okaylah, taknak cakap banya-banyak nanti ada yang tak suka. Syukran :')
No comments:
Post a Comment