Friday, September 9, 2011

Broken Heart :'(

Assalamualaikum!

Harini aku nak luahkan perasaan. Boleh tak? Taknak baca takpe lah. Putii tak kesah. Yang penting putii dh luahkan apa yg terbuku dalam hati putii ni. Harini 9/10/11 ---> hari yang paling menyedihkan. Aku dengan dia 'break off'. I hate this thing, lagi-2 bila ianya bukan kerelaan hati kita sendiri. Yela, mana ada org rela nak 'break' kan? Semua orang kalau boleh nak 'forever until die' gituh kan. Tapi nak buat macam mana. Bak kata kawan aku ' dak tak ada jodoh'.


Tadi dekat sekolah time rehat, aku kongsi cerita dengan membe aku. Tak dapat tahan air mata then terus menangis. Aku minta maaf eh korang, air mata tu bukan sengaja aku keluarkan. Memang aku tak puas melalak. Aku ingatkan aku bole 'coooool' je, tapi rupa-rupanya aku tak boleh. Aku cuba tahan tapi air mata tetap keluar. Harini aku betul-2 rasa apa yang korang semua pernah rasa. Terima kasih kerana sudi mendengar, bagi support dekat aku, ada bila time kau susah dan senang. But, im so sorry. Take time, untuk aku happy mcm dulu. Takpelah aku cuba sedaya aku okay :')

Haishh, harini aku takde mood. Tadi ibu ajak keluar, aku taknak. Asyik memberontak je dekat rumah ni. Sampai ibu, akay, aipul tak paham dengan perangai aku. Itu sajalah cara aku nk lpskn geram. Aku tak suka sangat benda ni berlaku. Kenapa? Hmm mungkin ini salah satu ujian dari Allah kan. Takpe, selagi aku masih kuat, aku tetap redha dengan ketentuan-Nya.


Bila kita dah sayang orang tu 'gila-gila' mesti kita ditinggalkan/tinggalkan orang tu. Kenapa aku sayang kau? Soalan ni yg tak pernah terjawab. Aku sayang kau bukan kerana harta, rupa dll. Aku sayang kau, ikhlas duh. Susah nak percaya yang aku kena tinggalkan kau buat selma-lamanya kan? Kau ingat tak janji kita. 'perkataan 'break' takkan pernah ada dalam kamus hidup kita kan?'. Sorry duh, aku dah tak tahan.  Oh yeah, aku memang terlalu melebihkan kawan aku kan? Kawan lagi penting dri Boyfriend? Please lah faham aku, kau jauh then kau jarang jumpa aku. Kita selalu 'sms' 'call'  je kan. Jarang jumpa. Then salah ke kalau aku nak 'happy-2' dengan kawan aku? Yang aku dh agak mcm family aku sendiri. 

Awak, salah ke kita berkawan rapat dengan membe lelaki? Jealous? Tak suka? Okay, kalau mcm tuh, siapa yang ada kapel jgn ada membe lelaki. Nanti bf marah. Aku dengan dorang bukannya 'i,u' 'saya, awak' 'sayang,darling' 'b, bby'. Aku dengan diaorang semuanya sama 'kau, aku'. Kerapatan kiteorg memang tak dunafikan terlalu rapat. Tapi tak salah kalau tujuan hanya berkawan. Cemburu itu boleh membawa kemudaratan. Cemuburu itu boleh memusnahkan manusia. Cemburu itu ialah musuh utama bagi hati. 

Untuk ---> MADBMH: 
Thank you for everything. Sorry for everything. Nak melupakan kau bukannya mudah. Tapi nak menyayangi kau tu memang mudah. See, dah berapa banyakkan aku bg peluang untuk pulihkan relationship kita. Tapi kau tetap takkan pernah berubah dengan habit kau yang 'molek' sangat tu. Aku tahu aku ni selalu sangat sakitkan hati kau. Betulkan cakap aku, aku memang tak layak untuk kau. Kau baik, Aku jahat. Oh ye, jealous tgk aku dengan kawan-2 aku? Habis kau fikir aku tak jealous dengan kawan-2 kau. Sekurang-kurangnya membe aku tak pernah suka dengan membe sendiri. Kita semua sama, hanya kawan baik. Tak macam membe lu, suka kat kau lah, sakit hati tengok kau dengan aku getback kan? syok sendiri je semua . Jangan salahkan diri sendiri. Masing-2 buat salah kan? Mulai harini, your life is yours and my life is mine. Lastly, thanks for the 10 months :'(


Maaflah, aku ni memang ego, selfish, scatty, suka sakitkan hati org dll. Tapi sekurang-kurang nya aku ada hati yang perlu dijaga supaya tidak disakiti. Aku tak suka menangis sebab lelaki. Really hate it. Benda yang aku taknak berlaku dah pun berlaku. Perasaan aku sekarang ni bercampur baur bagaikan nasi campur. Marah, sedih, memberontak, merana. Kenapa hah wehhhhhhhhhhhhhh? Asal buat aku mcm ni? Dulu kau kata kau nak berubah, tapi????

Sorry, post kali ni tak best mana pun. Kalau tak suka BACK OFFFFFFFFF! 

Terima kasih kerana sudi membaca, chalobeteh :)

6 comments:

hoo said...

puti , bersabar , haiyum pernah baca satu ayat ni
'jika kita sayang seseorang anda sesuatu benda tu jangan lah terlalu tinggi harapan dan sayang kita kepada benda tu , kerana ALLAH menguji kita , DIA berikan kita perasan sayang dan kasih terhadap sesuatu itu kepada kita untuk menguji kita ,'
puti saba k , pasti ada hikmah disebalik semua ini , DIA sayang puti DIA lindungi puti , sabar dan terima semua ini dengan kerelaan hati dan anggap lah ini 1 ujian dari DIA untuk kita dan jadi kan yang lepas itu sebagai pengajaran untuk kita di masa hadapan k :)

Nabilah said...

putii kita sama :[

chaq ;p said...

putii aku thu kau kuatttt ! be strong dear !

albert santana said...

insan cemerlang datang dari hati yang tenang jiwa yang mantap k...
ap2 blaku ad hkmah d sbaliknye k ;)

PUTERI SYAHERAA said...

terima kasih semuanya. love you all.

PUTERI SYAHERAA said...

nabilah, kenapa pulak ni? cuba cite? salah siapa? kalau adiib, biar kita tendang dia.

Post a Comment

apa yang ada di blog ini hanya milik PNSBS seorang :)