Monday, September 19, 2011

PMR :O

Pmr candidate

Assalamualaikum :)

Setiap hari hidup aku penuh dengan cabaran. Hari demi hari aku perlu hadapi benda yang tiap-tiap kali berulang. Kenapa kita diberikan dugaan? Renung-2 kan dan selamat beramal~ haha
Ini last post aku sebelum menjelangnya PMR :O
Hari demi hari, semakin hampir PMR dengan aku. Apa itu PMR? Pilihan Melayu Raya? Ada ke? Pmr tu Penilaian Menengah Rendah. Budak ting3 je yang rajin sangat nak ambil ni --'
Tidak sabar rasanya nak habis PMR. Nak berehat sekejap. Hmm tapi aku tetap takut menanti keputusan aku nanti. Aku mengharap dan memohon kepada Allah agar segala impian aku akan tercapai. Aminnnn :)

Nak study hard pun sekarang ni dah tiada gunanya. Boleh jadi gila kalau sekarang baru nak usaha keras baca buku. Now, dah ambang-2 ni we have to study smart ;) Refresh balik kepala otak tu. Susun  apa yang terbalik dan ingat  apa yang terlupa. 

Kepada semua yang menduduki peperiksaan PMR, semoga berjaya ye. Ingat, jawab dengan tenang dan sebelum masuk dewan, siapkan diri dari rumah. Banyakkan berdoa kepada Allah. Pinta kepadaNya agar kita memperoleh ketenangan dan kesenangan semasa menjawab soalan dan juga kejayaan yang cemerlang. 
Apa-apa pun putii nak minta maaf kalau ada terkasar bahasa, tersalah laku dll. Minta maaf lagi kan? Yelaa kita manusia setiap masa melakukan kesilapan. Mulai sekarang kita 0-0 okay? 

Untuk semua pmr candidates SSI: Goodluck Semua! Capaikan target sekolah. Make your parents, teachers and your friends proud to have you :) Jangan main-main lagi. Usaha kena mantappp mulai sekarang. Kita sama-sama mendoakan kejayaan masing-masing, ok? InsyaAllah, Tuhan akan mengabulkan segala doa kita dan bayar segala penat lelah kita dengan kejayaan yang cemerlang.

Amiin Ya Rabbal Alaminnn :)


" Kejayaan yang luar biasa datang dari usaha yang luar biasa"

Terima kasih kerana sudi membaca, chalobeteh :)

2 comments:

Anonymous said...

don't worry about the results, but worry about your effort. allthebest ! formTHREE of SSI boleh ! :))

Puteri Surani said...

thank you dear <3

Post a Comment

apa yang ada di blog ini hanya milik PNSBS seorang :)