Monday, August 29, 2011

Selamat Hari raya & Hari Kemerdekaan ke-54

Assalamualaikum :)

Ignore my face --'

Sekarang ni semua orang sibuk dengan 'raya, raya, raya'. Shopping mall sesak dengan manusia. Nafsu time tu tah kemana kan. Haha act aku cakap diri sendiri. haha okay itu tak penting '~'. Bila time raya semua orang minta maaf kan? Bila time raya juga rumah kelihatan bersih berseri-seri. Hah habuk pun tak nampak kan. Antara perkara yang wajib kita buat sebelum/selepas menjelang hari raya:
  • Bermaaf-maafan
  • Buat kuih raya
  • Shopping raya
  • Kemas rumah
  • Tolong parents masukkan duit raya
  • Main mercun
  • Main bunga api
  • Dengar lagu raya
Hah itulah antaranya kan? Putii rindu zaman kecik kecik. Puti dapat banyak duit raya. Mana taknya, pergi setiap rumah bagi salam then cakap "cik, kiteorg datang nak beraya". Haha actually lah kan nawaitu bukan nak raya tapi nak 'duit' raya. Then kalau dulu, RM1 pun cukupkan. Kalau sekarang RM1 kita dah tak pandang dah. Sekurang-kurang RM2 kan? haha. Dunia semakin maju jadi banyak duit yang nk dikumpul. #takde kena mengena. Tahun ni raya putii raya dekat Singapore dan Kempas. Terasa rindu dekat arwah atok & nenek, tokmok & tokbak. Dah lama dorang tinggalkan kita semua. Kurang meriah and berseri tanpa dia orang. Tapi nak buat macam mana, setiap yang hidup pasti akan kembali kepada penciptaNya. Allah lebih sayangkan mereka. Jadi yang masih hidup ni kena lah bermaaf-maafan antara satu sama lain. Hidup tanpa kemaafan memang takkan bahagia.

" Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin kepada semua umat islam dan bukan beragama islam. Marilah kita bermaaf-maafan sesama kita kerana bulan ni lah untuk kita sama-sama menginsafi kesalahan sendiri dan meminta ampun kepada sesiapa sahaja lah"

Di sini, putii nak minta maaf kepada semua yang putii kenal mahupun yg putii tak kenal. Minta maaf kalau putii ada termaki, termarah, tersepak, terajang, tersilap kata, tersalah laku etc lah. Putii tidak sempurna di muka bumi ni. Putii juga tidak boleh lari daripada buat kesilapan dan putii juga tak pernah mengejar untuk cari pasal dekat sape-sape jea. Putii admit, mulut putii ni bukan lah sopan sangat. putii juga admit yang putii bukannya baik sangat ada jahatnya. Jadi, maafkan lah puteri yek. Kepada sesiapa saja lah. Taknak sebut nama, terlalu banyak lah. Putii betul-betul ikhlas meminta maaf dan harap semua orang ikhlas maafkan kesilapan putii okay :) Kepada sesiapa yang rasa ada buat salah dengan putii hihi puti dah lama maafkan, Siapalah putii taknak maafkan kesalah org lain. Sedangkan diri sendiri buat salah. Jadi, SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR & BATIN.


MUKA BERIYA
Ouh Yeah! Tidak lupa juga, SELAMAT HARI KEMERDEKAAN YANG KE-54. 
Alhamdulillah, Malaysia semakin lama semakin dekat untuk meniti wawasan 2020. Terima Kasih Ya Allah, kau berikan kemakmuran dan keamanan kepada negara Malaysia yang tercinta ni. Im Proud to be Malaysian :) Salam 1 Malaysia untuk semua Rakyat Malaysia. I Love You, Malaysia.

Terima kasih kerana sudi membaca, chalobeteh :)

No comments:

Post a Comment

apa yang ada di blog ini hanya milik PNSBS seorang :)