Monday, September 19, 2011

PMR :O

Pmr candidate

Assalamualaikum :)

Setiap hari hidup aku penuh dengan cabaran. Hari demi hari aku perlu hadapi benda yang tiap-tiap kali berulang. Kenapa kita diberikan dugaan? Renung-2 kan dan selamat beramal~ haha
Ini last post aku sebelum menjelangnya PMR :O
Hari demi hari, semakin hampir PMR dengan aku. Apa itu PMR? Pilihan Melayu Raya? Ada ke? Pmr tu Penilaian Menengah Rendah. Budak ting3 je yang rajin sangat nak ambil ni --'
Tidak sabar rasanya nak habis PMR. Nak berehat sekejap. Hmm tapi aku tetap takut menanti keputusan aku nanti. Aku mengharap dan memohon kepada Allah agar segala impian aku akan tercapai. Aminnnn :)

Nak study hard pun sekarang ni dah tiada gunanya. Boleh jadi gila kalau sekarang baru nak usaha keras baca buku. Now, dah ambang-2 ni we have to study smart ;) Refresh balik kepala otak tu. Susun  apa yang terbalik dan ingat  apa yang terlupa. 

Kepada semua yang menduduki peperiksaan PMR, semoga berjaya ye. Ingat, jawab dengan tenang dan sebelum masuk dewan, siapkan diri dari rumah. Banyakkan berdoa kepada Allah. Pinta kepadaNya agar kita memperoleh ketenangan dan kesenangan semasa menjawab soalan dan juga kejayaan yang cemerlang. 
Apa-apa pun putii nak minta maaf kalau ada terkasar bahasa, tersalah laku dll. Minta maaf lagi kan? Yelaa kita manusia setiap masa melakukan kesilapan. Mulai sekarang kita 0-0 okay? 

Untuk semua pmr candidates SSI: Goodluck Semua! Capaikan target sekolah. Make your parents, teachers and your friends proud to have you :) Jangan main-main lagi. Usaha kena mantappp mulai sekarang. Kita sama-sama mendoakan kejayaan masing-masing, ok? InsyaAllah, Tuhan akan mengabulkan segala doa kita dan bayar segala penat lelah kita dengan kejayaan yang cemerlang.

Amiin Ya Rabbal Alaminnn :)


" Kejayaan yang luar biasa datang dari usaha yang luar biasa"

Terima kasih kerana sudi membaca, chalobeteh :)

Sunday, September 11, 2011

New life :)

Assalamualaikum!


at taman bunga, jb

Hello everyone! Nama saya Puteri Nur Syaheraa binti Surani. Mulai harini, saya nak jadi seorang putii yang baru. Yang pantang menyerah kalah, susah menangis sbb lelaki, tidak boleh disakiti dan yang paling penting insan yang berjaya di dunia dan diakhirat. Hidup di dunia ni perlukan keredhaan daripada yang Maha Berkuasa. Hidup tanpa keredhaan memang tidak akan tenang. Am i right?

Aku dah tak mahu menangis sebab manusia yang tak pernah menangis sbb aku. Menagih kasih kepada org yg tak pernah menghargai aku. Aku tak mahu disakiti buat kali kedua. Aku tak mahu jadi insan yang lemah walaupun aku tahu aku mmg lemah. Air mata seorang perempuan amat bernilai tau. Hati seorang perempuan mudah tersentuh. Jadi, anda semua sebagai seorang lelaki, jagalah hati seorang perempuan ni sebaik-baiknya.


photographer: ejam
edittor: putii
Kita hidup ni bukan kerana orang lain kan? Kita hidup ni kerana Allah swt. Aku tahu, tak semua orang suka aku tapi ingatlah di saat ada yang membenci kita, masih ada yang menyayangi kita. Aku tak kisah lah berapa banyak dekat dunia nak mengata pasal aku. Ada aku kacau hidup kau? Ingatlah sayang-sayangku, setiap yang berlaku pasti ada sebabnya. Kau kacau hidup aku, Aku kacau hidup kau balik. Senang kan? Settle? Belum lagi? Pergi jalan lah dengan kau. Kau dan kawan-2 kau sama je macam jin yang bertopengkan syaitan.  Siapa kau dalam hidup aku? Tak ada makna langsung, kenal kau pun aku taknak. Sorry my dear, hidup aku lebih better tak kenal kau. Lagi aman hidup aku. Alhamdulillah :) Muka tongong ala ala bangla alahai sesuainya dengan muka kau. Shooooo Shweeettttt -,- Eee kau tak layak digelar perempuan, tapi bohsia :)
Betul cakap seorang makhluk Allah ni, 'kau dengan dia boleh hidup bahagia, tetapi kawan and suasana sekolah dia buat kau ngn dia kucar-kacir.' Yeah man, baru aku tahu. Nampak muka je tongong mcm budak bangang tapi rupa-rupanya perangai macam SYAITANIRRAJIMM. Aku tak cari masalah dengan kau, so sayang jgn cari masalah dengan aku :)


Perjuangan hidup aku masih lagi jauh. Aku perlu capai segala matlamat aku. Aku perlu tunaikan janji aku yang belum tertunai. Pahit mana pun kenangan tu, kita kena lupakan. Perit mana pun kehidupan ni, kita kena teruskan. Sakit mana pun hati ni, kita kena terus bersabar. Besar mana pun dugaan untuk kita, kita kena sentiasa kuat. Aku nak jadi seorang yang tabah dan disayangi orang. Menyayangi seseorang sebenarnya memang menyakitkan tapi disayangi oleh seseorang memang indah kan? 

Ingat, kita sendiri yang kena bangun. Kita sendiri yang menentukan hala tuju kita sama ada nak pilih jalan yang betul atau salah? Hidup ni tak susah mana kalau kita sendiri yang pandai aturkan hidup kita. Lagi satu, kita hidup di dunia ni bukan sorang-sorang. Tapi ramai. Kalau sorg tinggalkan kita, masih ada yang bersama kita. Kalau sorang benci kita, masih ada yang menyayangi kita. Trust it , my dear. Sebelum ni, masa break aku ingatkan takde sorang pun sayang aku. Tapi bila aku tengok keliling aku, rupa-rupanya masih ada yang menyayangi aku. Dan yang sentiasa dan kekal di sisi kita sama ada di dunia dan d iakhirat ialah Allah swt.

Terima kasih semua atas kata-kata semangat yg mampu buat putii bertahan dan kuat sampai sekarang. Buang yang keruh ambil yang jernih. Lupakan yang pahit dan ingat yang manis. Be strong and good luck people :)

" IM MORE STRONGER THAN BEFORE"

Terima kasih kerana sudi membaca, chalobeteh :)

Friday, September 9, 2011

Broken Heart :'(

Assalamualaikum!

Harini aku nak luahkan perasaan. Boleh tak? Taknak baca takpe lah. Putii tak kesah. Yang penting putii dh luahkan apa yg terbuku dalam hati putii ni. Harini 9/10/11 ---> hari yang paling menyedihkan. Aku dengan dia 'break off'. I hate this thing, lagi-2 bila ianya bukan kerelaan hati kita sendiri. Yela, mana ada org rela nak 'break' kan? Semua orang kalau boleh nak 'forever until die' gituh kan. Tapi nak buat macam mana. Bak kata kawan aku ' dak tak ada jodoh'.


Tadi dekat sekolah time rehat, aku kongsi cerita dengan membe aku. Tak dapat tahan air mata then terus menangis. Aku minta maaf eh korang, air mata tu bukan sengaja aku keluarkan. Memang aku tak puas melalak. Aku ingatkan aku bole 'coooool' je, tapi rupa-rupanya aku tak boleh. Aku cuba tahan tapi air mata tetap keluar. Harini aku betul-2 rasa apa yang korang semua pernah rasa. Terima kasih kerana sudi mendengar, bagi support dekat aku, ada bila time kau susah dan senang. But, im so sorry. Take time, untuk aku happy mcm dulu. Takpelah aku cuba sedaya aku okay :')

Haishh, harini aku takde mood. Tadi ibu ajak keluar, aku taknak. Asyik memberontak je dekat rumah ni. Sampai ibu, akay, aipul tak paham dengan perangai aku. Itu sajalah cara aku nk lpskn geram. Aku tak suka sangat benda ni berlaku. Kenapa? Hmm mungkin ini salah satu ujian dari Allah kan. Takpe, selagi aku masih kuat, aku tetap redha dengan ketentuan-Nya.


Bila kita dah sayang orang tu 'gila-gila' mesti kita ditinggalkan/tinggalkan orang tu. Kenapa aku sayang kau? Soalan ni yg tak pernah terjawab. Aku sayang kau bukan kerana harta, rupa dll. Aku sayang kau, ikhlas duh. Susah nak percaya yang aku kena tinggalkan kau buat selma-lamanya kan? Kau ingat tak janji kita. 'perkataan 'break' takkan pernah ada dalam kamus hidup kita kan?'. Sorry duh, aku dah tak tahan.  Oh yeah, aku memang terlalu melebihkan kawan aku kan? Kawan lagi penting dri Boyfriend? Please lah faham aku, kau jauh then kau jarang jumpa aku. Kita selalu 'sms' 'call'  je kan. Jarang jumpa. Then salah ke kalau aku nak 'happy-2' dengan kawan aku? Yang aku dh agak mcm family aku sendiri. 

Awak, salah ke kita berkawan rapat dengan membe lelaki? Jealous? Tak suka? Okay, kalau mcm tuh, siapa yang ada kapel jgn ada membe lelaki. Nanti bf marah. Aku dengan dorang bukannya 'i,u' 'saya, awak' 'sayang,darling' 'b, bby'. Aku dengan diaorang semuanya sama 'kau, aku'. Kerapatan kiteorg memang tak dunafikan terlalu rapat. Tapi tak salah kalau tujuan hanya berkawan. Cemburu itu boleh membawa kemudaratan. Cemuburu itu boleh memusnahkan manusia. Cemburu itu ialah musuh utama bagi hati. 

Untuk ---> MADBMH: 
Thank you for everything. Sorry for everything. Nak melupakan kau bukannya mudah. Tapi nak menyayangi kau tu memang mudah. See, dah berapa banyakkan aku bg peluang untuk pulihkan relationship kita. Tapi kau tetap takkan pernah berubah dengan habit kau yang 'molek' sangat tu. Aku tahu aku ni selalu sangat sakitkan hati kau. Betulkan cakap aku, aku memang tak layak untuk kau. Kau baik, Aku jahat. Oh ye, jealous tgk aku dengan kawan-2 aku? Habis kau fikir aku tak jealous dengan kawan-2 kau. Sekurang-kurangnya membe aku tak pernah suka dengan membe sendiri. Kita semua sama, hanya kawan baik. Tak macam membe lu, suka kat kau lah, sakit hati tengok kau dengan aku getback kan? syok sendiri je semua . Jangan salahkan diri sendiri. Masing-2 buat salah kan? Mulai harini, your life is yours and my life is mine. Lastly, thanks for the 10 months :'(


Maaflah, aku ni memang ego, selfish, scatty, suka sakitkan hati org dll. Tapi sekurang-kurang nya aku ada hati yang perlu dijaga supaya tidak disakiti. Aku tak suka menangis sebab lelaki. Really hate it. Benda yang aku taknak berlaku dah pun berlaku. Perasaan aku sekarang ni bercampur baur bagaikan nasi campur. Marah, sedih, memberontak, merana. Kenapa hah wehhhhhhhhhhhhhh? Asal buat aku mcm ni? Dulu kau kata kau nak berubah, tapi????

Sorry, post kali ni tak best mana pun. Kalau tak suka BACK OFFFFFFFFF! 

Terima kasih kerana sudi membaca, chalobeteh :)

Monday, August 29, 2011

Selamat Hari raya & Hari Kemerdekaan ke-54

Assalamualaikum :)

Ignore my face --'

Sekarang ni semua orang sibuk dengan 'raya, raya, raya'. Shopping mall sesak dengan manusia. Nafsu time tu tah kemana kan. Haha act aku cakap diri sendiri. haha okay itu tak penting '~'. Bila time raya semua orang minta maaf kan? Bila time raya juga rumah kelihatan bersih berseri-seri. Hah habuk pun tak nampak kan. Antara perkara yang wajib kita buat sebelum/selepas menjelang hari raya:
  • Bermaaf-maafan
  • Buat kuih raya
  • Shopping raya
  • Kemas rumah
  • Tolong parents masukkan duit raya
  • Main mercun
  • Main bunga api
  • Dengar lagu raya
Hah itulah antaranya kan? Putii rindu zaman kecik kecik. Puti dapat banyak duit raya. Mana taknya, pergi setiap rumah bagi salam then cakap "cik, kiteorg datang nak beraya". Haha actually lah kan nawaitu bukan nak raya tapi nak 'duit' raya. Then kalau dulu, RM1 pun cukupkan. Kalau sekarang RM1 kita dah tak pandang dah. Sekurang-kurang RM2 kan? haha. Dunia semakin maju jadi banyak duit yang nk dikumpul. #takde kena mengena. Tahun ni raya putii raya dekat Singapore dan Kempas. Terasa rindu dekat arwah atok & nenek, tokmok & tokbak. Dah lama dorang tinggalkan kita semua. Kurang meriah and berseri tanpa dia orang. Tapi nak buat macam mana, setiap yang hidup pasti akan kembali kepada penciptaNya. Allah lebih sayangkan mereka. Jadi yang masih hidup ni kena lah bermaaf-maafan antara satu sama lain. Hidup tanpa kemaafan memang takkan bahagia.

" Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin kepada semua umat islam dan bukan beragama islam. Marilah kita bermaaf-maafan sesama kita kerana bulan ni lah untuk kita sama-sama menginsafi kesalahan sendiri dan meminta ampun kepada sesiapa sahaja lah"

Di sini, putii nak minta maaf kepada semua yang putii kenal mahupun yg putii tak kenal. Minta maaf kalau putii ada termaki, termarah, tersepak, terajang, tersilap kata, tersalah laku etc lah. Putii tidak sempurna di muka bumi ni. Putii juga tidak boleh lari daripada buat kesilapan dan putii juga tak pernah mengejar untuk cari pasal dekat sape-sape jea. Putii admit, mulut putii ni bukan lah sopan sangat. putii juga admit yang putii bukannya baik sangat ada jahatnya. Jadi, maafkan lah puteri yek. Kepada sesiapa saja lah. Taknak sebut nama, terlalu banyak lah. Putii betul-betul ikhlas meminta maaf dan harap semua orang ikhlas maafkan kesilapan putii okay :) Kepada sesiapa yang rasa ada buat salah dengan putii hihi puti dah lama maafkan, Siapalah putii taknak maafkan kesalah org lain. Sedangkan diri sendiri buat salah. Jadi, SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR & BATIN.


MUKA BERIYA
Ouh Yeah! Tidak lupa juga, SELAMAT HARI KEMERDEKAAN YANG KE-54. 
Alhamdulillah, Malaysia semakin lama semakin dekat untuk meniti wawasan 2020. Terima Kasih Ya Allah, kau berikan kemakmuran dan keamanan kepada negara Malaysia yang tercinta ni. Im Proud to be Malaysian :) Salam 1 Malaysia untuk semua Rakyat Malaysia. I Love You, Malaysia.

Terima kasih kerana sudi membaca, chalobeteh :)

Friday, August 26, 2011

Im sorry :(

 Assalamualaikum!

Aida Adriana Mohd Fauzi

Cantikan perempuan kat atas ni? Dia bestfriend saya. Sampai bila-bila. Itu yang putii harapkan. Setiap manusia perlukan kawan kan dalam hidup ni. Tidak kira susah ataupun senang, kita kena sentiasa bersama. Caring antara satu sama lain. Sama-sama berjaya dan berusaha untuk capai matlamat. Memahami antara satu sama lain. Kawan ni bagaikan plaster kan. Bila kita luka dia yg balutkan luka kita tu. Bila kita menangis dia lah tisunya. Bila aku sedih masa tuh lah dia jadi badut untuk happy kan aku. Dia bagaikan diari, tempat aku aku luahkan segala-galanya.  Sebak hati ni bila tengok dia taknak 'tegur' or 'senyum' dekat aku. Tak senang duduk kalau kembar bergaduh.

Lama kan aida kita kenal. Kau dah tahu baik/buruk tentang diri aku. Kau memahami aku. Kau mengenali setiap inci tentang aku. Rasa macam susah nak tinggalkan kau, one day. Kita sama-sama ada citarasa yang sama. Aku suka, kau pun suka. Aku tk suka, kau pun tak suka. You are everything to me, my dear. Kau ibu kedua aku. Kau tempat aku mengadu selain ibu aku. Terima kasih kerana sudi berkawan dengan aku. Terima kasih sebab sudi menerima keburukan aku. Terima kasih kerana keikhlasan kau untuk kawan dengan aku. Terima kasih untuk semuanya. Kau sentiasa di belakang aku, ur always beside me when i need you.

forever ur always my twin 

We close each other kan? Aida im so sorry. Aku tahu harini (26/8/11) kau kecil hati dengan perangai aku sebab endah tak endah je dengan kau bila kau cakap 'puti aku balik tau, aku tak sihat lah'. Then my face like 'oh ok'. Im totally not realise it. Aku sibuk nak uruskan buku koko. Nak kutip kertas koko. Nak buat analysis  kh. Semua cikgu bagi kerja kat aku. Kena siapkan time tu juga.

Aku mungkin terlalu jahat sebab tak endah kan kau langsung. Aku betul-betul takda maksud nak biarkan kau macam tu. Serious aida, im really stress today. Aku manusia biasa, tak semua benda aku boleh buat dalam satu masa. Aku nak kau faham situasi aku. Tapi, aku takmengharapkan pun. Tak kesah langsung kalau kau tak faham.  Im not good enough, my dada muahmuah. Aku pun tak tahu lah bila aku sedar yang kau dah keluar kelas. Aku rasa dah lama kau keluar baru aku perasan. Jahat kan? Yeah, aku ni pandai cakap, tapi tak pandai buat. Aku minta maaf. Then about your msg, erm aku betul-betul tak perasan. Time dah nak balik, aku tengok ada msg and that was you. Kau minta tolong aku amek kan barang kau sebab kau tak larat nak naik atas, tapi aku tak pandang pun msg tu. Im so sorry, sebak sangat hati ni bila dapat tahu aku buat kau macam tu. Rasa macam tak guna je lah aku ni. UseLess!

PuteRiana

 Aku minta maaf sebab aku dah sakitkan hati kau. Aku minta maaf sebab tak boleh nak jadi 'nurse' kau bila kau sakit. Aku minta maaf sebab tak boleh nak jadi 'kerusi roda' bila kau tak larat nak jalan. Aku minta maaf sebab tak boleh nak jadi plaster kau. Im so sorry. Aku harap sangat kau faham. Sunyi je tadi bila takda kau. Erm, aku mungkin penat dan sentiasa kelam kabut. Aku tak pandai buat kerja sangat. Tapi, sebabkan aku ketua kelas, cikgu bg semua benda kat aku.

'IM SO SORRY, AIDA ADRIANA'

Terima kasih kerana sudi membaca, chalobeteh :)

Saturday, August 20, 2011

Sahabat ♥

Assalamualaikum !

Terasa rindu pulak bila tengok gambar ni semua. Kalau masa tu boleh putarkan balik, mesti semua orang nak kan. Tapi tuhlah, sampai bila-bila masa tu takkan boleh berpatah balik. Harini puteri nak kongsi sedikit pasal kawan-kawan putii yang teramat hebat ni.

Maaflah, yang tiada dalam gambar ni bukan bermakna aku tak sayang. Aku sayang sangat-sangat. Kebetulan gambar ni yang aku perasan. Takpa lah eh gambar ni tak penting mana pun, yang paling penting korang semua sentiasa dalam ingatan dan hati saya ^^.

3KAA2: Mereka ni semua teramat hebat, sporting, happy dan caring. #suka lettewww. Saya memang sayang kalian. Tahun ni kita sama-sama kena berjuang kan untuk menghadapi peperangan yg tk lama lagi akan tiba, kan kan? Aku sayang korang. muah muah :*. Minta maaf lah kalau selama ni aku as monitor kelas ni, aku tak dapat jalankan tugas aku dengan baik. Aku ni bukannya pandai buat kerja sangat. Harap semua salah silap di maafkan. Korang semua terima kasih sebab selama ni dah banyak tolong aku. We need each other, right? We laugh each other, right? Aku dah anggap korang semua adik dan kakak aku sendiri. Tempat aku mengadu, tempat aku kongsi cerita dan tempat aku kongsi suka dan duka. Terima kasih tak terhingga. InsyaAllah, kita sama-sama berjaya. #tadah tangan dan aminnnnn.

Kami sentiasa gembira, Alhamdulillah :)
Aida Adriana, Shift, Adiib, Ejam, Topek, Haris, Afiq Razi, Faiz, Syahir, Shaf:  Mereka ni semua 'family' aku. Kita sentiasa bersama kan kan? Dekat dalam family ni aku ada kembar (my dada muahmuah). Aku sayang diaorang semua. Sayang sangat-sangat. Aku harap persahabatan kita ni takkan putus sampai bila-bila okay. Mungkin dekat sekolah ada yang tidak berapa gemar dengan aku yg rapat dengan membe lelaki. Jangan benci saya. Niat aku hanya untuk berkawan. Tak lebih dari itu. Maaflah kalau selama tidak gemar dengan cara aku. Bestfriends, terima kasih atas segalanya okay :) Jangan lah benci antara satu sama lain. Kita sama-sama perbaiki kelemahan diri kita. Masing-masing buat silap. Takda sapa pun yang sempurna di sini. Aku happy sangat dengan kalian semua. Maafkan salah silap aku, okay? Kita semua sama-sama berjuang kan untuk pmr tahun ni. Aku harap semua dapat straight A's. Itu yang semua harapkan, betul tak? #tadah tangan dan amin kan. Kita sama-sama berusaha dan berjuang sehingga berjaya, okay :)

Gambar 2010
Rakan-rakan yang comel dan hensem, kawan lama, tabak dan kak namys: Puteri rindu kalian semua. Maaflah tak disebut nama. Ya Allah terlalu ramai puteri nak senaraikan. Takpelah yang penting korang sentiasa di hati puteri. Akan puteri kenang jasa dan kenangan bersama korang. Tak terbayar nilainya dengan wang ringgit  ikatan persahabatan kita. Selamat berjuang dan semoga berjaya dengan apa yang korang semua impikan. #tadah tangan dan aminkan.


" Now i've realised, for my age this moment i dont need a special boyfriend yet because my boyfriends and girlfriends are good enough in brighten my day." -Aida Adriana

Jangan pernah sedih bila kita kehilangan bf/gf. Sebab kita kena sentiasa ingat ada orang yang masih prihat dan sayang dengan kita. And orang tuh ialah Keluaga kita & Sahabat kita. Saya dedicate lagu ni, untuk semua kawan saya. Dengar okay :)

Terima kasih kerana sudi membaca, chalobeteh :)

Thursday, August 18, 2011

ILY

Assalamualaikum!

Tak sabar rasanya nak habis exam trial PMR yang 1st ni. Haha. Itu tak bermakna aku boleh "Enjoy". Masih banyak lagi yg aku kena belajar. Nak jadi pandai tu memang senang, tak susah. Cuma usaha dan kerajinan yang menentukan kejayaan seseorang. Betul tak? Betul kan kan? hikhik ^^

Hey, dengar tak lagu baru tu? Best tak? hikhik. Lagu tu aku dedicate untuk dia. sape? alah dia lah. bukan kau, dia. Haha tak yah tahu sbb aku taknak korang tahu. errrkkkkkk  '~'

Model: Aida Adriana
Nak cari orang yang sayang kita dengan ikhlas susahkan? Tak semua orang faham perasaan kita. Even orang yang paling kita mengharapkan supaya dia faham kita pun susah nak faham. Betul dak?

 "Sayang itu tak perlu diucap atau dilafaz. Simpan saja dalam hati."

Then macama mana nak tunjuk kat orang tu yang kita ni betul sayang dia? Easy or Difficult? Easily people. Just show your love with action. Difficult? hmm asal pulak? Kalau kita sayang "dia" dengan ikhlas tak perlu dengan ayat-ayat yang "superb". Itu kalau ikhlas? macam mana kalau tak ikhlas dari hati? Hati masing-masing sape tahu kan. Dia tengah maki kita pun, kita tak tahu. Maki dalam hati. Memang lah. 

Ada orang cakap Love is hurt. Ada orang cakap juga Love is Beautiful. Mana satu betul ni? Pada aku kesemuanya betul. Sometimes, love can make people do anything without thinking. Sometimes love can make people changes. Sometime love can make people laugh and cry. Semua ni betul tak? Dont deny it, babes. Aku tahu sakit sangat kalau "dia"  not appericiate our love. Nak buat macam mana. Hati orang kita tak boleh paksa. 

Malas nak bebel banyak-banyak. Nanti takut meleweh pulak. Hihi  Goodbye Readers. Good Luck in your life :)

~sayang awak. suka awak. rindu awak. :*~

Terima kasih kerana sudi membaca, chalobeteh :)

Saturday, August 6, 2011

Berubah Demi Kebaikan

ASSALAMUALAIKUM!

Dah baca tajuk di atas? Ahha nadanya agak membahayakan, right? haha whatever babes.

"Berubah Demi Kebaikan"

Yes, saya nak berubah untuk jadi yang lebih baik. Itu azam saya pada bulan ramadhan, bulan mulia ini. Tak salah kan? Sama ada orang lain terima atas perubahan kita, itu tak penting. Kalau sahabat, boyfriend/girlfriend atau sapa sape sahaja yang sayang kita, Diaorang akan terima kita seadanya kan? Berubah untuk jadi yang lebih baik bukannya mudah. Banyak dugaan yang akan kita dapat. Tapi makin banyak dugaan yang kita dapat, makin kuat lah keimanan kita. Tujuan Puteri kat sini bukan nak berdakwah, hanya ingin berkongsi sahaja dengan korang semua.

" Bulan Ramadhan, Bulan untuk beribadah"

Yes, betul tuh. Inilah saat yang paling aku tunggu. Pada aku, bulan ni lah bulan yang paling 'best'. Tapi kenapa ada sesetengah orang yang tak sanggup menahan nafsu dahaga/lapar/etc? Ini baru sedikit kan? Maaf kalau ada yang tersinggung. Puteri tak tujukan benda ni dekat sesiapa pun. Cuma nak tahu kenapa. Relaks, ah weh. Sebulan dalam setahun. Okay? jadi jangan lah cakap lapar/haus, nanti makin lapar/haus lah korang semua. Puasa ni bukan satu penyeksaan. Ingat tu :)

Apa tujuan aku tunjuk gambar ini?

Berjalan menuju ke Masjidil Haram
Niat aku bukan untuk menunjuk-nunjuk. Jauh sekali dengan niat aku yang sebenar. Aku cuma nak kongsi dengan korang semua. Gambar di atas aku amek masa aku buat umrah bersama keluarga pada 13/3/2011 hingga 24/3/2011. Hanya Allah sahaja yang tahu betapa rindu dan sedih nya aku bila nak tinggalkan tanah suci ni. Bestkan kalau dapat berpuasa dekat sana. Ya Allah, perkara yang aku nak sekali adalah dapat berpuasa dekat Mekkah dan Madinah.

Subhanallah
Ramai kan? Ibu aku cakap, bulan puasa ni 5 juta visa hendak dikeluarkan. Ramaikan? Masa aku pergi bulan 3 pun dah ramai, apetah lagi bila bulan suci ni kan? Aku rindu orang-orang kat sana. Tidak kira dari mana mereka berasal, dorang layan semuanya dengan baik. Peramah, Bertoleransi, Baik dan paling penting Tolong-menolong.

" Ya Allah, kau panggil lah aku sekeluarga ke tanah suci buat kali kedua" -Aminnn

Pintu utama Masjidil Haram
Pintu utama untuk masuk ke Masjidil Haram. Bila masuk jea, korang akan nampak apa yang korang nak sangat tengok (Kaabah). Perasaan apabila nampak Kaabah, hanya Allah sahaja yang tahu. Keluar air mata tanda kesyukuran kepada Allah swt. Tanda kegembiraan dan kekaguman. Tidak terkata. 

Okaylah, taknak cakap banya-banyak nanti ada yang tak suka. Syukran :')

Terima kasih kerana sudi membaca, chalobeteh :)

Thursday, August 4, 2011

Biarkan dulu.

Assalamualaikum :)


Lonely??

Lama betul aku menyepi tanpa sebarang cerita nak dikongsikan. Maaflah terlalu sibuk dengan masalah duniawi.
"Kecil-kecil lagi sudah ada masalah"
Haha, macam mana nak buat. Setiap manusia tidak pernah lari daripada masalah, membuat masalah dan menyelesaikan masalah. Semua masalah, masalah dan masalah. Penuh dengan masalah je kan kat dunia ni. Sebesar atau sekecil mana pun masalah tuh, kita kena selesaikan dan jangan biarkan ianya tergantung macam tuh sahaja. Aku masih berumur 15 tahun tapi masalah aku macam orang berumur 18 tahun. haha. Dugaan Allah kepada hambaNya yang serba lemah dan kekurangan ni. Tapi buat masa ini aku taknak dah memikirkan masalah aku buat sementara waktu je lah. Aku nak lebihkan 'focus' pada trial PMR aku yang bakal membimbangkan lagi kepala otak aku.

" kenapa perlu bercinta di usia yang muda?"

Soalan tuh sering masuk di kaunter pertanyaan dalam kepala otak aku ni. . Love? Cinta? Hibbu? Liebe? Kenapa hah? memikirkan soal ni je kepala otak aku tak tentu arah. Nak menjaga hati si dia memang susah. Kadang-kadang hati sendiri tak terjaga. Aku cukup penat dengan masalah duniawi ni. 

" Aku tak cukup sempurna buat kau" 

Aku minta maaf kalau selama ni aku tak cukup sempurna buat kau. Semua manusia tidak sempurna tapi tak salah kalau kita cuba untuk menjadi lebih sempurna kan? Kau baik, aku jahat. Siapa aku nak buat hubungan kau dengan 'sahabat' kau putus. Aku tahu semua salah aku. Tapi tak salah kalau aku ada hak nak marah orang yang tak pernah 'sedar diri'. Jangan pernah tanya aku apa masalah aku dengan dia sebab tak pernah seorang pun faham. Sedangkan dia pun tak faham apa yang aku cuba bagitahu, ape tah lagi kau kan?


Tak perlu cakap banyak sebab nanti ada yang tak suka. Aku sudah malas nak berkata-kata lebih panjang lagi. Cakap salah, tak cakap pun salah. Aku tak tahu lah mana yang betul. 

Terima kasih kerana sudi membaca, chalobeteh :)

Saturday, June 25, 2011

biarkan je lah pun ya adoiii

ASSALAMUALAIKUM
SALAM 1 MALAYSIA

Dah lama putii tak update blog ni kan? hihi.eh ada orang amek kesah ke putii update ke tak update ni? kalau ada terima kasih okay :) terharu kita hahaha. 
Memandangkan harini puteri agak rajin lah sangat kan, hihi puteri nak kongsi sikit rasa tak puas hati pada certain-certain orang yg tak setuju dengan keputusan MAHARAJA LAWAK.
korang tahu ape tuh MAHARAJA LAWAK? tak tahu? rakyat malaysia takkan tak tahu kot? kalau orang duduk kat london ke blh ah aku caya. eh cousin aku duduk singapore pun kenal jozan tau. hoho biar betik an. Okay lah bagi sape yang tahu uh. Korang pandai-pandai eh bertanya kat orang lain. 

Sesat jalan tak tanya,
Di sini kau rupanya
-pantun dua kerat, sumber: ah chai(johan)

takde kena mengena pun  pantun ni dengan apa yg aku nk bincangkan harini. 



hah ni dia kumpulan SEPAH yang telah menjuarai Maharaja Lawak. Eh ada orang cakap kumpulan ni tak layak. Hoho aku tahu yang kata macam tuh mesti peminat gila ba** kat jozan right? hahaha cameon lah korang. Aku pun peminat JOZAN juga. Tapi fikir dengan logik boleh tak? dah ada akal tuh cuba lah think positive siket sebelum nak memberontak tak tentu pasal. Bagi yang melayan ML ni, korang perasan tak kumpulan ni konsisten sentiasa. Tak pernah aku 'tak tergelak' bila tengok persembahan dorang, mesti tergelak punye. Okay lah tuh kan, worth it right? Siapa yang still tak puas hati uh, sudah sudah lah adoii. Aku pun sebenarnya memang 'mati hidup balik' ingatkan Jozan menang, tapi kalau sepah dah menang nak buat macam mana. YOU OLLS, DORANG MEMANG LAYAK PUN. Haha aku sekarag ni memang minat gila ngn diaorang, eh salah salah act dah lama since aku tengok dorang kat raja lawak musim ke-3. aku sentiasa melayan lawak dorang. Thats why aku tak de ah tak puas hati bagai nak rak bila diumumkan yang diaorang ni juara.

" lawak dorang ni best masa kat ML j, cuba kat luar? hah jozan ag best sebab lawak diorang spontan j"
" peh, jozan ah sepatutnya menang, tengok undian sape yang selalu teratas? hahhh"
" gila ah, aku tetap tak setuju ngn keputusan ML ni"
" fuck off"

haha dialog ke-4 uh memang kawkaw punya an an. hahaha. eh apesal ngn dialog kat atas uh? haha ni lah yang aku denga and baca comment  peminat ML ni. kelakar tak? pada aku kelakar lah. hahahahahahaha *ketawa buatbuat. Hush ni semua ketentuanNYa, takde sape pun yang boleh halang. Mungkin ini rezeki mereka. Jozan  tak bermakna kalah kan, dorang tetap juara di hati peminat mereka yg sporting ni, kan? hihi.

To sepah: Congratulation yaww! haha baik punyaa! hihi korang memang layak lah. pedulikan ape yang orang lain nak cakap uh. dorang cakap uh, time tuh otak dorang kat lutut. Cakap tak serupa orang yang berfikir. 

*aku cakap benda alah ni macam sepah baca j kan. haha AAK? hihi.

-Okay lah bye chalobeteh, PEACE YAWW-

Terima kasih kerana sudi membaca, chalobeteh :)

Friday, June 24, 2011

3KAA2


untuk budak 3KAA2:
  EH KAUORANG! OKAY TAK NI? KALAU TAK OKAY KAN. CAKAP KAT FACEBOOK KITE TAU. TAKPUN MSG J KITE HIHI OKAY. NI JE LAH PADA KITA GAMBAR YANG PALING OKAY.  KE KALAU KORANG RASA ADA LAGI BETTER KHABAR KAT CHE NAA.
TERIMA KASIH TERIMA KASIH CHALOBETEH :)

Terima kasih kerana sudi membaca, chalobeteh :)

Sunday, June 19, 2011

Singapore :)















Just nak cakap : ahhh akhirnya dapat juga balik Singapore jumpa sedara-mara yang superduper ala ala gedik ni hihihi. Miss you all. And lagi satu "u dah berubah seh" hahaha k byee :D
Terima kasih kerana sudi membaca, chalobeteh :)

Sunday, June 12, 2011

YEAY SEKOLAH

GAMBAR INI AKU AMEK DEKAT PHOTOBASKET.COM HIHI

Assalamualaikum.
Okay semua, cuti 2 minggu sudah habis kan kan? Hah ape? terkehel-kehel nak buat homework kaa? Hahaha mcm biasa lah kalau pelajar yang sama 'rajin' macam aku memang suka buat homework last minute kan? Esoknya nak sekolah baru lah nak buat homework. Hihi korang semua memang 'rajin' haha. Memandangkan tahun ni putii nak PMR kan, so tak mau lah malas-malas ni. hihi cuti kali ni aku agak lah rajin dengan kemas biliknya, buat homework nya and yang paling penting hangout hahahaha. 

Okay lah sesetengah orang cakap *not specified to anyone okay orang yang suka hangout ni membuang masa.Okay lah tak baik kita menafikan benda yang sememangnya betul. Tapikan act hangout ni bukannya tak lah seteruk mana yang orang lain semua sangka. Just nak release kan tension for someone yang ada masalah lah. Tapi majority nya orang hangout ni nak "dating" ngan pakwe tercinta aite aite? *tak rugi kalau ngaku pun :). And ada sesetengah just hangout ni nak tengok wayang, hahaha itu aku suka yela ni mesti kat rumah takde tv jenama "samseng" kan hoho.

Aku kategori yang mana? hihi semuanya kott ahha tak payah lah letak 'kot' uh. Okok aku kesemuanya, aku nak release tension, aku nak date and aku nak tengok wayang. Mesti korang pelikkan apelah yang tenang kat luar sana yang keadaan huru hara nya. Entahlah, kalau korang tanya aku pun aku tak tahu nak jawab macam mana yang penting bila aku keluar ngan kawan-kawan aku, dorang akan buat aku happy and aku blh lupakan segala masalah aku kat rumah uh. Haha macam besar sangat j kan masalah aku ni. Act macam biasa lah anak-anak yang 'mithali'mcm aku ni  mesti tak suka kalau parents korang bagi ceramah free kat korang, betul tak? Hah same lah tapi nak buat macam mana parents aku takkan bagi ceramah free kalau aku tak buat salah so terima j lah kalau parents aku ni nak marah-marah pun *aku redha Ya Allah-fadhil

Eh actually lah kan aku ni dah out of topic. Aku nak cakap yang aku sebenarnya prefer sekolah daripada duduk rumah yang tak buat apa-apa. Hah tak payah nak buat muka kena sambar petir lak eh. Asal pelik ke aku prefer sekolah daripada holiday ni? Aku suka sekolah ni sebabnya ada kawan nak dikacau, digodek, diejek, diteman, dikongsi dan sebagainya. Kalau dudk rumah ni agak bosan lah and takkan buat homework punya. Tapi kalau kat sekolah aku rajin sentiasa hahaha.

Even sometimes kat sekolah ni agak stress lah jugak. hahaha eh apa ni duduk rumah stress, dekat sekolah pun stress.*kan saya cakap, putii ni suka meleweh Tadi kata sekolah lagi best? haha. Okay lah senang cerita lah kan. Dua-dua sama j. Takde beza pun, yang membezakannya adalah cara kita mengawal keadaan. Paham kan maksud aku? Kalau faham uh bagus lah alhamdulillah :)

-okay lah bye chalobeteh-

Terima kasih kerana sudi membaca, chalobeteh :)

Sweet 15th

i miss her so much, yaya moment kita sama-sama semuanya masa kita form 1 kan?
Assalamualaikum,
Kenal siapa budak yang dekat atas ni? Kalau tak kenal, meh aku kenalkan eh. Nama dia Nur Hidayah binti Assabri. Comel tak dia? Comel kan? haha i like the way she smile :)
Yaya, kita nak say sorry ok kalau selama ni kita selalu sangat buat salah dekat awak. Yela semua manusia tak sempurna and tak pernah lari daripada masalah aite?
Okay, even kita dah tak rapat mcm dulu and now jumpa kat sekolah pun just say "hye yaya" ataupun just smile aite? Swear, i miss the moment with you even tak banyak ah tapi sentiasa di ingatan. Yaya dulu kita ngan awak selalu bergosip pasal orang aite? Jahat kan kerja kita kat dalam kelas bila takde cikgu.
Okay lah kita pun taknak cakap pepanjang nanti rasa macam nak nangis lak.

Some wishes from me for you:
  • Jaga diri baik-baik
  • Belajar rajin-rajin
  • Dapatkan 9A untuk PMR 
  • Jangan lupa solat dan sentiasa ingat pada Yang Maha Esa
  • Peramah selalu
  • Kalau jumpa bertegur-tegur lah y, kelas pun sebelah-sebelah hihi
  • Semoga awak happy dengan 'boyfriend' awak.
  • Gembira selalu, takmoh sedih sedih 
"Terima kasih yaya atas semuanya"

Terima kasih kerana sudi membaca, chalobeteh :)

Friday, June 10, 2011

KL GANSTAA

Assalamualaikum :D

 my name is puteri nur syaheraa binti surani 

ini twin saya aida adriana mohd fauzi. yeah yeah yeah kembar tapi lain parents. tak paham? AAK


*sama tak tangan kiterog? haha

*twinkle twinkle



9 Jun 2011, Hari Khamis- apa yang berlaku hah? tengok tajuk lu orang sudah tahu kan. saya tengok movie "KL GANGSTER". Gila superb lah itu movie. Wa tak mau cakap banyak ini hari sebabnya wa dah malas lah nak update blog ni *saya bukan pekerja meng-update blog sepanjang masa. So just nak cakap hari tuh merupakan hari yang sangat 'best'. 

* im fall in love with abang long dhil.
tengok kl gangster baru lu olang haa tahu sapa ini laki k.

KL GANGSTER IS THE BEST! GOOD JOB SHAMSUL YUSOF (SHARK)


Terima kasih kerana sudi membaca, chalobeteh :)

apa yang ada di blog ini hanya milik PNSBS seorang :)